Thursday, 30 April 2015

It's all about BIG BURGER : Burgerbyte/ Grease/ Johnny Rockets

Heeeeelllllooo guys,

Haaa post kali ni maybe terliur sikit dengan gandingan gambar dari saya sendiri dan juga gambar daripada SUMBER (google, instagram akan diberitahu) .

Dalam masa pendek ni, saya ada pergi ke 3 buah restoran yg memang terkenal dengan BURGER <3 Love it so much, dan kawan2 kalau ada suggestion nak gitau lagi mana2 restoran yg menyediakan burger besar2 bolehh la komen di bawah ye.


BURGERBYTE @ Bangi

Mula2 sayaa pergi makan kat BurgerByte sempena birhtday ibu and gaji pertama saya, jadi kitaorang pergi satu family.

Restoran Burgerbyte kat Bangi ni orang kata Zizan Razak punya, tapi memang betul pun. Hehe Kedai dia bukak pukul 6 sampai pukul 1 pagi rasanya. Jadi seminggu sebelum tu, kitaorang dah booking meja hehe kot2 la ramai orang.

restoran dia memang dekat hujung kedai, betul2 dekat ngan tangki Air. Landmark dia banyak, TANGKI AIR boleh, BANGI GATEWAY boleh, Tempat FUTSAL and PAINBALL boleh.. hehe :)

Sumber : google

Okay, bagi aku dishes dia biasa je but affordable la sebab kitaorang makan banyak2 untuk 6 person pon rm100 je, hehe tapi bagi aku lah burger dia tak berapa nak juicy and patty dia keras sikit tak lembut. Aku rasa burger aku dengan burger lain and Nachos Chilli tu semua mcam sama.. But ok lah sedap, tapi pastikan anda perut kosong sebelum datang hiks, btw roti dia lembut :)

 SO AKU KASI 3.5 BINTANG JE.. dah2 meh nak sajikan dengan gambar2 pulak :)




Nachos Burger (alo x igt nama)



Nachos chilli cheese



amboi sukanya

JOHNY ROCKETS @ IOI CITY MALL

Johnny rockets , waktu ni aku pergi berdua. Cehh kedai dia macam antique gitu.. mcam old english. lagu pon old english -_-

The prices, bole tahan lah juga. Burger dengan fries rm20 above but really big.. Ape yang aku rasa dia agak masin.. But aku suka dia sajikan dengan coleslaw and chicken ape entah aku sedap juga :D

But yang paling teruk aku rasa , makanan dia sebab dia order CheeseSteak. Seriously cheesesteak dia tak best, tengok pon macam "ape tu ?" , nanti korang try tengok gambar kat bawak ok. Dia guna roti hot dog and dia leperkan je bagi rata lepas dia potong dua, then dia tabur bawang besar2 dengan banyak sekali and then dia mcam potong2 daging campak je atas roti. Tak ke mcm !@@#$$%^&**. Pastu aku tengok dia makan , liat daging dia aku rasa dia potong daging tu macam nak masak sambal.. Tu paling teruk sekali la, and then burger aku masin pulak dah.. -_- but besarrr best.. Aku kasi 3 BINTANG je.. Mahal tapi tak berbaloi, and air dia float but atas dia cam bukan ais krim aku tengok.Lagi satu ada sorang pelayan perempuan ni masam je muka. haihh memang tak nak pergi lagi. Btw enjoy pics :)

Haa one more thing, pekerja dia tetiba pasang lagu kuat and tetiba menari2 kat sebelah kitaorang.. Terkejut tau..




Sebelah kanan RootBeer Float sebelah kiri Choc Milkshake

Burger dia mmg besarrrr.

Paling depan ni CheeseSteak, nampakkan?
GREASE @ SHAH ALAM

Ha lepas berskytrex dekat shah alam, kitaorang kan jauh soooo kitaorang dua siap solat ngan tidur kat surau sek 13 semata2 nak tunggu Grease ni bukak pukul 6.

Dengan hujan renyai2 on 22 April 2015 hari rabu minggu lepas kitaorang pergi.. Rumah2 kedai kat situ nampak semua baru, Grease terletak sebelah hotel..

Kitaorang sampai dlm pukul 5 and tunggu dalam kereta sampai pkl 6 dengan petir2 kat luar kereta hujan pun dh lebat.. Tapi takpe, demi Grease. Sb lama dh mengidam tengok gambar2 kat instagram Grease fuhhhhh terliur.

Kitaorg first customer dorng hehe aku order Chilli Cheese Burger and dia Beef Bacon Burger and add on Nachos cheese.. Air pulak soft drink RootBeer float.. Air dia bole refill.. hehe burger dia juicy nice lah :D and banyak cheese cuma roti dia little bit keras.. Maybe baru kua peti ais ke ape ke x tau.. But fries dia banyak gilaaa and sedap, siap tapau tau.. Tapi aku x makan pon Nachos dia sebab tak biasa cam aku beli selalu hehe Aku kasi 4 BINTANG and nak pergi lagi :)
Gambar tak banyak sebab dah lapar, pikir makang je.

Ha air float RM6 secawan. Nachos cheese tu RM10..

Menyelerakan. Burger pooon best. Ni Chilli Cheese Burger
Me and food.

sooo the end of the story,

For me (keenakan, layanan, harga berpatutan dengan hidangan):
1. Grease ( 4 stars i give)
2. Burgerbyte (3.5 stars i give)
3. Johnny Rockets ( 3 stars i give)

Prices :
1. Johnny Rockets ( expensive)
2.Grease ( okay less expensive)
3. BurgerByte (affordable)


Pape pon hang pa semua buat lah pilihan bijak tau tau, sebenarnya banyak lagi kedai2 restoran kt malaysia ni yang menyediakan BURGER2 besar yg enak dimakan begitu sajaaa hehe..

Ok alls , thts it nanti kalau kite ade cerita bab makanan nanti kita update ok? Ni yg buat perut lapar niii.

Thanks reading, comment below if wanna ask questions and comments. Thanks!

No comments:

Post a Comment

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...