Wednesday 11 March 2015

JPJ bulan Januari 2015

Assalamualaikum pembaca2 blogku sekalian *ada ke?*

sudah lama agaknya tak jenguk blog sendiri, al maklumlah sekarang sibuk bekerja cehhh kerja di mana? ada lahh secret :p [penat campo tension sikit tapi gaji banyak]

sebenarnya aku ni belajar kat PMLC atau dikenali sebagai Pusat Latihan Memandu Cemerlang dekat Sungai Buah, Bangi lama. DEKAT JE OK dengan BANGI/ SUNGAI MERAB/KAJANG DAN PUTRAJAYA.


Aku daftar kat pejabat Sungai Merab, dekat je ngan rumah aku and Petronas Sg.merab. Turun flyover sebelah kiri. Murah RM950 je. Kat tempat lain semua seribu lebih, lagi satu , orang kat sg merab akan amik kita pegi dengar ceramah, pg MYEG pegi tempat latihan, nnti nak belajar kereta cikgu kita akan amik kat rumah. Best bukan?

Birthday aku lambat sikit daripada kawan2 aku yang lain , birthday aku 3 DECEMBER jadi 3 dec tu jugak aku pegi daftar. hehe tapi kawan2 aku lepas spm dorang terus dah belajar, but aku yg awal JPJ dlu, seeee seeee seee ikut rezeki la ek ? :p


First sekali, kena pg dengar ceramah. Pi la dengar jangan tidur ok, berguna nnt untuk ujian comp.
Aku dapat penceramah yng veteren, dia tak bebel mcm satu2 tengok buku, dia suruh kitaorang tulis keyword, then gitau benda penting2 je.

Then, sila download software ujian comp ok? Aku ni jenis yang bersemangat, baru je habis spm terus download and buat banyak2 soalan walaupon birthday pon x sampai lagi. Sebab aku nak cepat lepas gi ceramah terus nak g buat ujian comp. so aku ready awal2. 2 hari selepas dengar ceramah, aku pegi buat ujian comp, waktu tu datang pukul 11 gila ramai org. Tak silap aku , aku no 175 macam tu. Mak ai lama gila, pastu semua dok kat luar sebab dalam dh penuh. Aku pulak dok bersila kat lantai sorang2 dah la tak de kawan, internet pulak takde :'( sampai pkul 3 lebih aku bersabar tunggu barulah no ku dipanggil cehh. dah aku jawab 10 minit je semua soalan dia. cepat tak? dan dan dan aku betul 48 !!! 48/50. yayyy.

Nampak tak berkesan guna software buat latihan banyak2. En anwar kita pon yng buat latihan sehari sebelum test, dia betul 48/50 juga hehe sb dia lagi pandai :*

Lepastu, tiba masa nak belajar kereta. aku tunggu nak dapat LESEN L (after lulus ujian comp baru korang akan dapat lesen L)  nak dekat 2 minggu lepastu aku dah gelisah sebab mcm takde news je cakap lesen L dh siap, aku pon terus msg akk PLMC sg merb, rupanya dia kata lesen tu dh siap beberapa hari lps test kira 3 hri cmtu dh siap tpi dia kata dh msg aku :o bila entah, maybe dia silap msg org. Kalau tak semua benda lagi cepat haihh

Ok, aku nak cerita pasal aku belajar kereta pulak, aku dapat cikgu perempuan tapi gaya dia cam tomboi sikit but dia still perempuan hehe, ok lah peramah. Aku ni mmg tk penah bawak kereta manual , so tu first time. Tiba kat sg buah litar dia cikgu suruh tukar tempat, cikgu suruh perlahan je lepaskan clutch *jangan tekan minyak ok dalam litar, boleh sikit je*

Then, terus buat parking, cikgu kata aku terer, cikgu cakap ok aku pgg stering. ok lah. Pastu aku cuak kt bukit tu, firt try ok lepas je, bila second third kete tu cm buat hal. aku takut nanti aku gagl kt bukit je. But aku nak buat byk kali kt bukit, cikgu cakap aku ni berani muka je penakut :o

second time, cikgu suruh bawak jalan raya terus, diperkenalkan jalan A & B. ok tujela mls plk nak cite byk2. kita terus ke JPJ DAY TEST OK??


JPJ DAY 20feb

Bukit dia rendah sikit

so aku bangun awal pada hari itu, pukul 8 camtu dah gerak naik kete akk sg merab, ramai gila kat sg buah. And aku no 24 spt yg didaftarkan dan waktu tu kebetulan nazurah pon amik test hari yg sama, dengan org akk sg merb tu so kitaorg naik kete sama2 . sbaik ada kawan hehe.

Kitaorg kena dengar uncle jpj bebel sikit and ada Q&A. Pastu sorang2 kena pegi kat kereta yg disediakan buat cek RPK , lepastu tunggu lama lah jugak dalam 11 lebih baru no aku kena panggil. wahh tak sabar, first buat bukit, ya Allah senang gila sekali buat dah lepas alhamdulillah.


Lepas tu side parking, alhamdulillah lepas, then yg ketiga buat 3 Penjuru. Itu aku masalah, tetiba kereta tu asik mati enjin. Aku tekan clutch pon dia mata, tak lepas pon dia mati. Waktu tu polis jpj dh pandng aku dri pondok dia. Mak ai aku rasa dh fed up, rasa nak kua kereta je. Sb aku tak penah mati enjin dalam litar unless kat bukit waktu belajar. Dh dlm 5 mnit baru ok kereta tu. Bengong betul.




aku buat yang lain semua lepas alhmdulillah lepas. Lepastu amik borang kt pondok pihak PLMC dduk, aku ngn nazu pegila balik kat tempat orng tunggu2, kitaorng igt letak atas meja. Rupanya tak, so kita punya no dh kebelakang. waktu JPJ jalan raya kitaorg pukul 5 baru dpat wktu tu dh num 80 lebih, kita org num 24 23. sedih x? kena tunggu lama2. :'( aku dah penat tnggu dengan panas, dengan tengok muka polis2 jpj garang komain dengan mcm dorang takde mood, aku dah pikir malas je nak teruskan. But akhirnya polis tu sebut gak no aku. Aku pulak dapat yg garang gila,orang lain kat bukit depan tu nak kua dri PLMC dorang terReverse pon jpj tutup mata, aku yang ok bawak pon kena mrh, pdhl aku bawak takde buat kesalahan pon. Maybe aku bawak 40 lebih je kot ahakss. yela kang bawak laju2 kang mengamuk nnt aku kena marah. haih
pg jalan raya naik viva

last2 lulus gak, ehh takde mood pulak nak cerita bila teringat polis jpj jalan raya aku tu, tapi waktu dh sampai plmc balik, aku cam nak nangis sb ingat aku gagal, pastu si polis jpj tu melawak ngan aku, aku pon blur. Dia kata " Asal muka sedih? " aku jwb " yela nanti saya kesian kat ayah saya nanti kena bayar nak belajar kereta balik sb gagal. "

dia cakap " eh nape pulak camtu, suruh beli kereta barulah" pastu dia kua kereta, aku pon keluar dengan hampa pegi kat kaunter, aku tunggu kertas jpj polis dalam tu, dia tick aku lulus. aku cam termanggu kat depan kaunter tu, mcm tak percaya. aku nak je cakap " Encik polis, saya lulus ke? Bukan saya gagal ke? cuba en tengok balik"


THE END

12 comments:

  1. Post PSL braces awq Lh bolh x .hehehe

    ReplyDelete
  2. salam akak saya nak tanya,klu utk jalan raya tu kan ada A & B.jln A klu keluar dari plmc tu sebelah kanan or kiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. alamak akk dh tak igt lah dik maaf :(

      Delete
  3. Salam , dokumen apa yang harus dibawa ketika ambil ujian berkomputer ea ? Bole reply di email ni aimanmus96@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde dokumen pun kena bawak. kena pun salinan ic, gmbr passport dan otak utk ujian haha

      Delete
  4. Salam , dokumen apa yang harus dibawa ketika ambil ujian berkomputer ea ? Bole reply di email ni aimanmus96@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam , dokumen apa yang harus dibawa ketika ambil ujian berkomputer ea ? Bole reply di email ni aimanmus96@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam , dokumen apa yang harus dibawa ketika ambil ujian berkomputer ea ? Bole reply di email ni aimanmus96@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam , dokumen apa yang harus dibawa ketika ambil ujian berkomputer ea ? Bole reply di email ni aimanmus96@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salam kak..nak tanya..better ambil lesen kereta manual or auto?

    ReplyDelete
  9. Nk number tmpt bljr ni

    ReplyDelete

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...