Thursday 24 July 2014

Aku pernah terfikir..

Aku pernah terfikir..

Buat apa kita hidup di dunia, sekiranya semua yang kita ada hanyalah sementara..
Buat apa kita hidup di dunia, sedangkan semuanya hanyalah pinjaman semata-mata..
Buat apa kita terlalu menyayangi apa yg ada di dunia sedangkan, dia akhirat belum tentu kita ada.

Aku pernah juga terfikir boleh tak kalau orang yg aku sayang semuanya ada waktu di akhirat nanti.
Aku tahu hanya Allah yg abadi dan cintanya hakiki.
Tapi kalau masuk syurga boleh tak semua orang yg kita sayang semuanya ada berkumpul bersama kita.
Alangkah indahnya..

Pernah juga mengalirkan air mata, kita menyayangi orang di dunia, kenyataannya belum tentu kita dapat memiliki dan menyayanginya di sana.

Aku juga pernah terpikir, boleh tak nanti kalau di akhirat aku minta Allah temukan aku dengan semua orang yang aku sayang. Dan kami semua boleh hidup bahagia seperti di dunia dahulu malah lebih bahagia..?

Boleh ke nanti ada ibu and ayah?
Boleh ke nanti kita bertemu semula dengan suami isteri kita nanti dan menjadi pasangan di akhirat atau di syurga..? Adik beradik kita? Kawan rapat kita? Orang2 yg baik dengan kita di dunia?

Semuanya jelas, dunia hanyalah dunia sementara.
Dunia yang oenuh cabaran.
Pernahkan kau terpikir macam aku?

Semoga Allah sentiasa menyayangi kita semua. Dan memberikan ganjaran atas amalan kita di dunia.. Semoga apa yg kita miliki di dunia kita juga miliki di akhirat malah lebih lagi dengan amalan kebaikan kita di dunia..

12.04am 24 July 2014
Hati Pika

No comments:

Post a Comment

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...