This post has been draft since 23 April 2014 the day before my first appointment with the orthodontist.
Kalau anda ni jenis fanatik braces or tak sabar dengan gigi anda yang cantik tu boleh la tahan baca post saya yang panjang ni. Post kali ni aku nak citer appointment klinik gigi kerajaan sebelum pakai braces. (bagi mereka yang dah dipanggil untuk buat braces) and prosedur klinik gigi swasta lain sebab banyak skip step memakai braces and ada klinik gigi swasta yang tak ikut pun prosedur and kebanyakkan gigi mereka lepas pakai braces dia bergerak dan ada yang sewaktu memakai besi tu sampai boleh tercabut. Pelik, pelik. Dah teruskan baca okay. :)
Noted :
Aku buat kat klinik pergigian kerajaan.Cara nak buat braces ni first pergi saja kat mana2 klinik kerajaan korang nak and buat checkup then cakap dekat nurse or doc nak buat braces. Nanti the doc akan cek sikit gigi korang tu al-maklumlah sekarang ni ramai nak berfesyen gigi dah tesusun rapi masih tak puas hati. Dulu braces digeruni sekarang disayangi hihi nanti doc yang biasa tu dia akan cek dia just tengok je gigi korang teruk or apa layak tak nak buat braces. Selepas itu nanti dia terus masukkan nama korang dalam LIST BOOKING BRACES. Then tunggu lah 3, 4 atau 5 tahun selepas itu baru anda dipanggil ya. Bukan terus buat ya. Ini kerajaan bukan swasta nama pun free(untuk pekerja kerajaan parents korang) atau kena bayar sikit dalam Rm700 camtu tak silap so ramailah pesakitnya yang menunggu list nak buat. Ramai tak paham sebenarnya bila tanya aku eh kenapa lama sangat aku datang terus buat. Memang rasa nak ketuk sape cakap gitu. Berbuih mulut ni terangkan kalau kerajaan kena masuk list dulu. haha then finally my first appointment.. macam mana aku dapat first app? Caranya staf klinik yg ada buat orthodonti(braces) kerajaan ni biasanya dia hantar surat appointment ke rumah. Atau maybe a call lah kot.
Aku start booking waktu form 2 sampai lah form 5 baru dia panggil ke klnik pakar orthodontic sg.chua. Waktu form 4 tu memang dah tak sabar sampai nangis2 nak g buat kat swasta and ayah memang selalu jumpa pakar atas pakar orthodontic dekat sg.chua ni sebab dia buat gigi akak aku. And doc tu kata rugi buat swasta sebab belum pasti yang buat and pantau braces tu pakar. Maybe doc orthodontics biasa saje. :D dekat sg.chua ni dia Pakar Perunding Orthodontic, Jusa.
Ini adalah procedure sebelum memakai braces :
First appointment, 23 April 2014 di Klinik Pergigian Sg.Chua
Harini hari yg paling aku tunggu . About 4 years tunggu dengan sabonya. And finally the fourth years of waiting and i got a called babeh! Cara dapat panggilan ni dengan surat yang sampai ke rumah melalui abg posmenn kita ya. Aku buat dekat government and 100% free of charges because ayah aku keje gomen and ada GL. All treatment memang free.
My first appointment ni waktu tu tak ada orang dekat klinik orthodontik sg chua ni. Datang dengan muka bercahaya and ayah aku borak2 dengan doctor perempuan tu i thought beliau just ada untuk my 1st app. Dia akan masukkan mold dekat dalam mulut. Huhu then dia akan tekan2 and keluarkan. Orang kata benda alah tu kalau masuk rasa loya nak muntah lah apelah. Aku tak rasa apa apa pulak. Excited adelah. And ada lagi dia buat apa entah aku pun lupa. And aku ada gak pakai macam mamat di bawah ni huhu. Mesti kelakar muka aku. haha okay selepas tu doctor tangkap gambar gigi aku and muka dah macam model dah haha and siap! Yayy. And the doctor also ask me untuk buat x-tray. Sebenarnya proses letak plasticine ni etc ada sesetengah orang doc buat waktu appointment ke-2.
Then petang tu juga ayah bawak pergi x-tray dekat hospital Putrajaya. Fyi, kalau x-tray dekat hospital swasta ni mahal la tapi kalau macam aku always free sebab gov. And i cant wait for the next appointment..... Nurse tadi dia lah yg pilih tarikh appointment 18 Jun 2014 tauu gila lama lagi... Tunggu jela just pray supaya lebih cepat. Amin
![]() |
Macam gini lah and ada dia masukkan plasticine tu. Jangan risau okay biasa je rasa tak mual pon. |
![]() |
Ni dia mold yang di masukkan ke dalam mulut, tujuan dia nak buat acuan gigi sebelum memakai braces. Kelakar pulak tengok muka akk ni hihi aku siap senyum lagi dekat doc tau masa masuk benda ni. |
Second appointment, 9 June 2014 di Klinik Pergigian Sg.Chua
Remember when i said that my second appointment will be on 18 June? Haha jumaat lepas suddenly dapat call and nurse kata datang 9 jun sebab doctor tak ada 18 tu. And i was like terkejut beruk tahu tak? Memang lah haritu aku kata lama nak tunggu bulan 6 kan tapi sebab busy dengan school program and examination lagi tak adalah rasa lama and pasrah je just wait je 18 jun tu. Tetiba dapat 9 June senyum sampai telinga lah hehe. Nampak tak doaku dimakbulkan !
My second appointment ni doc just nak tengok x-tray and decide berapa batang perlu cabut and canut yang mana. Certain person sampai 8 batang macam akak aku and kawan aku but most cabut 4 batang je macam aku. Aku cabut normal je tak payah surgery sebab gigi aku just crowded and senget benget sikit je tak berlapis2 and biasa yang surgery tu gigi kekal tak kuar lagi masih di dalam gusi and gigi susu still ada.
Petang tu lepas app dekat sg chua ayah terus bawa pergi Klinik Pergigian berhampiran. Huhu korang semua boleh pergi mana mana klinik gigi kerajaan ya tak payah bayar kalau parent korang keje kerajaan free je. Cuma waktu jela kalau duit banyak it is okay nak pergi swasta sebab biasa aku tahu cost rm4000+ tu just for the braces and xtray cabut gigi tu dah lain cost dia. Better pergi gov punya okay kalau kids Jumaat and dewasa Isnin hingga Khamis. Cuti sekolah setiap hari pagi hingga petang tanpa mengira umur. Sebab tu dalam seminggu aku cabut setiap hari. Agaknya doc dekat klinik bangi tu muak tengok muka aku haha.
Rasa cabut gigi? Sakit ke? Bagi aku tak sakit langsung. Serious tak. Tak rasa apa apa pun. Cuma lepas cabut maybe one day akan rasa kebas and tak rasa pape kat bibir korang sebab bius still ada. Aku tak suka bila lepas cabut ada darah and air liur meleleh2. Balik rumah terus cabut kapas and melantak ayam goreng and pisang goreng sedapnyaaaa. Jangan takut okay cabut gigi adik2 sekalian and akk2 abg2.
![]() |
Awww so shy shy nak tunjuk gigi haha ni lah gigi aku kalau dari depan. |
![]() |
haa frame tak lama lagi haha |
Proses : Cabut gigi
Tahap Kesakitan : 10% (5 saat waktu bius), semasa dan selepas cabut tidak sakit.
Tahap Tidak Selesa : 20 % anda perlu menghadapi air liuh dan darah yang meleleh.
Rawatan : Sediakan plastik supaya anda tidak tercekik dek kerana tidak menelan air liur (sebab takut telan air darah) dan untuk mengganti kapas. Beli ais krim, kumam ais ketul.
Cara rawat Ulcer
Dan... sepanjang aku cabut gigi dari mula gigi pertama aku dah kena banyak ulcer dalam mulut and dekat bibir. Dalam mulut tidak begitu sakit sebab ada saliva and sentiasa lembab yang jadi sakitnya bila kena di bibir sungguh menyakitkan ! Lagi kalau bibir kering nanti dia kurang air and dia crack. Jadi setelah mengalami lebih seminggu ulcer di bibir lepas baik ulcer di pipi geraham, ayah beli ubat ulcer dekat farmasi. Susah nak makan tak tahu nak cakap sebab dekat bibir, gigi tak sakit bibir pulak sakit.
![]() | |
Pakai 2 kali je and sikit sb mahai and sikit sangat dalam tube ni. Mujarab sgt rm15 |
#cerita untuk seminggu untum second app sekali cabut gigi setiap hari.
Third appointment, 16 June 2014 di Klinik Pergigian Sg.Chua
Gaps between the second appointment and third just 1 week. Mean to say ha appointment aku setiap minggu dekat sg.chua. Appointment kali ni untuk pakai separator or molar band. Most people kata sakit sampai ke otak ada kata tak selesa. Hm aku pakai tadi nak kata sakit belum rasa lagi haha maybe tunggu satu hari baru rasa maybe. Selesa tu biasa je. Cuma! Hang jangan nak start kuis2 gigi geraham tu dengan lidah and try naj keluarkan sebab uolls akan terus menerus buat begitu and makin meningkat la rasa ketidakselesaan tu. So jangan start nak buat okay. Tujuan pakai seperator ni untuk menjarakkan gigi anda semua bahagian gigi geraham supaya nanti senang nak letak ring bila pakai braces nanti. Dia kebiasaannya akan letak 4 getah gigi geraham bawah and 4 lagi atas. Aku punya case bawah 4 and atas dia letak 2 sahaja. Tadi ada 3 doc and 1 pakar perunding orthodontik tengok mulut aku kan kecik nak buka and doc susuah nak buat bahagian gigi atas. Dia kata dekat Dr. Ruslan gigi atas terlalu rapat. So just letak 2 sahaja atas. Thts all. Yayy cepatkan prosedur dia? Cant wait...
![]() |
Selesa and tak sakit pun. |
25 June 2014
Sehari sebelum forth appointment. Molar band yg bertindak sebagai separator masih ada di gigi. Bagi aku tak rasa apa2 pun. Tak sakit pun macam orang cakap. :D Tapi jangan lupa buat exercise mengunyah okay nak kasi getah tu dia masuk ke dalam sikit and biasakan gigi and gusi kita mengunyah so takdelah pelik nanti bila kunyah makanan. heee
Tujuan : Menjarakkan gigi geraham supaya waktu nak pakai braces nanti senang nak masukkan bands (metal ring)nanti di gigi geraham bila nak pasang braces.
Proses : Memasukkan getah bewarna biru di gigi geraham 4 di bawah, 4 di atas.
Tahap Kesakitan : 0%
Tahap tidak selesa : 2%
Rawatan : Buat exercise mengunyah. Biasakan kunyah.
Forth appointment, 26 June 2014 di Klinik Pergigian Sg.Chua
Bands (metal ring) yang dipasang di gigi geraham selepas memakai separator (molar bands) |
![]() |
Nampak tak bands? |
![]() |
Kalau dah gongak tu memang kawan suka usik la lagi kena yg macam aku suka ketawa. |
Nantikan post seterusnya pada 8.9.2014 insyaAllah kalau tarikh tidak dicepatkan. Thanks for reading ! :)