Okayy, hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku kat Pasar Malam Presint 2, Putrajaya. Mungkin pada siapa yang dah biasa pergi pasar malam ni dah tak heran kot, betul tak ?
Tetapi apa yang bestnya, aku pergi ni bersebab. Sebabnya, aku kena buat kajian pasal Pasar malam ni. Ni semua untuk PMR 2012.
Semalam, 1 Jun 2012 hari Jumaat. Aku dan kawan yang baik dengan aku ni namanya Syafiqah Safian , masa mula-mula pergi tu.. Agak malu la sikit sebab orang semua tengok je kita orang. Hehe tapi kita orang buat bodoh je. Orang pertama kita orang temu ramah EN. SABRI mula-mula tu dia cam pelik je tengok kite orang . Pastu dia malas nak tulis kita orang pulak kena tuliskan. Apa pun tak boleh.
Lepas tu kita orang pergilah kat bahagian pakaian, ada gerai ni jual selipar,kasut peniaga orang cina. Memang sombong gilalah, ada ke dia suruh pergi tempat lain. Nak kata sibuk tak ada lah sangat, sebab masa tu pukul 3 petang orang pun tak ramai.
Lepas tu kita orang pun menemu ramah peniaga-II kat situ. Haha ramai yang sporting ! Kita orang belom tanya lagi dia orang sendiri yang mintak. :) Hihi senang kerja, ada yang malu-II bila orang minta tolong isikan borang.
Bila dah masuk waktu Asar kita orang pun pergilah solat kat Masjid Besi, tengok-II ada ramai orang macam nak nikah gitu. Ada minah Arab perghh cantik ! Mata dia cantik semua cantik :) Masa nak solat tu rasa cam tak selesa sebab sekeliling ada majlis pernikahan lebih kurang 4/5 majlis la. Lepas tu kita orang lepak-II dulu kat Masjid sambil makan cupcakes IDAERA ! ♥ Sedapppp.. :P
Tengok tu , ni abang-II yang jual sayur-II dia orang ni , entah peramah pun ada . hehe
Haa. Yang ini pulak, nama dia Azhin . Dia ni tak habis-II suruh tangkap gambar dia. Pastu suruh tagged kat Facebook. Mula-II kooomain malu , sekali tengok dia jerit-II suruh beli ikan. Gila lah !
Perjalanan kami sungguh panjang dan seronok walaupun memenatkan. By the way ni semua untuk kerja kursu. Bagi yang tak siapkan kerja kursus tu , cepat-II la siapkan ye. Sekian sahaja, banyak lagi sebenarnya nak cerita disebabkan ibu suruh tutup laptop. Sampai disini saja, salam terakhir salam teristimewa.. hihi Assalamualaikum ! Bubye jumpe lagi.
Daripada Pika,
No comments:
Post a Comment
Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)