Hi readers, sekarang ni hujan pulak. Hasrat hati nak pergi coffee shop, tapi takpelah duduk je rumah. Jenis suka duduk jalan luar memang gini. Ada orang tu kata kita extreme extrovert hahahah
Harini pika nak share pasal hair care products. Dulu ada share dekat IG story dengan closed friends IG story lepastu ramai tanya. Jadi marilah kita cerita di sini, boleh tulis panjang2. Okay sebenarnya untuk perempuan bertudung, susah sikit nak jaga rambut. Rambut boleh jadi kering atau berminyak dan tak sihat. Jadi first thing first korang kena kenalpasti your hair type; kering, normal atau berminyak? dan nipis atau tebal?
For me, pika dah trial and error banyak hair products, eventhough kita pakai tudung since sekolah. Ada juga perempuan yg cakap kenapa nak habiskan duit, masa pikir pasal rambut? Bukan ke pakai tudung tak ada siapa nampak? Hm sejenis ni sis tak tahu nak cakap apa. Girls, even korang punya rambut takde siapa nampak, buat lah untuk diri sendiri at least. Atau nanti dah kahwin, ada suami. So kenalah care dari awal. Takan nak jadi hantu kak limah kotš¤£
It is okay kalau tak buat untuk orang lain, but buat untuk diri sendiri je. Kepuasan diri sendiri. Macam pika, dah banyak dah spent money sebab nak cari product sesuai, itu belum cerita saja2 visit salon mahal (tapi mmg puas lah hahah lagi potong rambut cantik je dorang buat). But i did for myself and i loved it. Truthfully, bila pakai tudung almost all day agak susah nak jaga rambut. Sebab rambut korang terperap je. So it worth my times to discover these good products and also some good tips.
So let's slide through Hair Care Tips for Hijabis <3
TIP 1 : BASUH RAMBUT AT LEAST 3 HARI SEKALI
Yang ni sebenarnya ramai pemalas. Kalau boleh basuh seminggu sekali. Dont ya girls. Bila lambat basuh maka unwanted oil dan sel kulit mati dari scalp mula keluar, bila keluar akan menyebabkan kotoran bila dah kotor ada bakteria maka dengan itu boleh menyebabkan kelemumur. Satu lagi untuk berhijab, rambut sentiasa terlindung so sangat2 tak okay kalau tak kerap basuh. Paling bagus sebenarnya 2 hari sekali (sis buat ni). Satu lagi kerap cuci barulah wangi rambut.
TIP 2 : WAKTU BEST BASUH RAMBUT
Sebenarnya ada waktu2 best basuh rambut. Kalau hari bekerja, jangan basuh rambut pagi sebab confirm tak sempat kering. Bila tak kering akan kepam. >.< So waktu terbaik boleh basuh, basuh malam sebelum, so masa tidur tu lepaskan rambut ke atas (bantal). Tapi sebelum tu keringkan lah sikit, karang basah pulak bantal. Bantal pulak kepam hahaha sebaiknya hala kan kipas ke arah rambut. Untuk weekend boleh basuh rambut pada waktu pagi.
TIP 3 : GUNA CONDITIONER
Yang ni selalu orang skip. Biasanya orang akan lupakan conditioner. Please dont! Wear conditioner after shampoo. Fungsi conditioner ni untuk neutral kan balik pH rambut korang selepas shampoo sebab shampoo tu pH dia tinggi (alkali). And conditioner basically acidic. Function conditioner ni untuk melembutkan (smooth), detangle your hair and also avoid breakage and split ends (hujung rambut bercabang). Main function moisture back your hair after using shampoo. Cara pakai, apply dari tengah ke hujung rambut. Jangan bagi kena scalp.
TIP 4 : PAKAI HAIR MASK AND SERUM
Walaupun optional tapi ni juga banyak membantu melembutkan rambut. Sebab bila basuh, all natural oil rambut kita hilang sebab tu bila right after basuh perasan tak rambut akan rasa kering sikit? So bila kita apply dua ni, dia membantu mengekalkan kelembapan rambut. For me hair mask is optional sebab lebih kurang conditioner, but for serum is a must. Serum pakai lepas rambut kering atau masa keringkan rambut.
TIP 5 : GUNA MICROFIBER TOWEL DAN SARUNG BANTAL SATIN
This one rasanya ramai je dah tau kan.. use microfiber towel masa rambut basah, untuk keringkan rambut dapat reduce friction antara rambut dan tuala. Friction tu geseran , jadi rambut tak mudah rosak/bercabang atau gugur. Untuk bantal tu pulak, sama juga sebab bila tidur rambut kita akan bergeser dengan tilam, lagi2 yg tidur lasak tuš bila guna satin lembut as pillowcase, sangatlah bagus untuk rambut dan juga siapa ada migraine tu. Rasa cam princess bila pakai satin silk yg lembut2 tu as pillowcase š
TIP 6 : GUNA HAIRDRYER BILA PERLU
Hairdryer memang good sebab boleh instantly helps dry our hair. Tapi selalu guna boleh menyebabkan rambut menjadi kering. Macam tadi pika cakap basuh pada masa tertentu so korang boleh elakkan guna hairdryer. Tapi bila perlu juga tu jangan lupa letak serum atau minyak rambut semasa mengeringkan rambut guna hairdryer.
TIP 7 : TRIM RAMBUT SEBULAN SEKALI
Yang ni nampak leceh tapi sangat membantu ya. Kalau malas, pergi salon suruh je stylist potongkan. Kalau tak just amik gunting yg tajam, ambil sedikit demi sedikit bahagian rambut lepastu potong la rambut punya hujung dalam 1 cm. Dengan cara ni dapat elak rambut bercabang tu berleluasaš
TIP 8 : JANGAN SELALU IKAT RAMBUT
Jangan kerap ikat rambut. Rambut korang nak freedom jugakš¤ bila kat rumah atau masa tidur lepaskan rambut. Sebab bila letak banyak tension and pressure dekat rambut, rambut akan cepat gugur dan korang akan jadi botak. Terutama pada depan2 rambut. Nak ke? Haaa taknak kan..
Now kita nak cerita pasal HAIR CARE PRODUCTS, yang ni my favourite.
1. Shampoo
First yang paling pika suka is Brand Tressemme. Product ni korang boleh dapat kan kat Watson atau Guardian. Mmg dalam drugstore but brand ni mmg tip top macam kt salon. Shampoo dia best gila, wangi dan buat rambut lembut. Paling suka yang Keratin Smooth. Pika pakai shampoo dengan conditioner dia jugak. Sumpah rambut jadi lembut, takde dry scalp atau kelemumur pun. Bersih je rambut. Dah la wangi. Ahh cannot. This one paling banyak pika guna
Okay next, yg ni pulak local product nama dia Nutrifera Extra Virgin Coconut Oil. This one boleh buat rambut jadi ikal dan dan tiada satu pun rambut jatuh. Percayalah kalau korang ada kronik rambut gugur , bila pakai shampoo ni terus takde dah gugur. Ada satu masa ni pika pergi treatment kt salon. Salon ni famous but maybe chemical ingredients dia kuat sangat so rambut pika gugur banyak. Padahal sebelum tu takde gugur. Macam orang sakit. Pegang je rambut belum tarik dah gugur satu tangan. Sebaik la rambut den tebal. Kalau tak mmg botak agaknyaš¤£ lepastu pika tak pakai shampoo tu sebab habis, dah la duduk asrama so beli je shampoo watson. Tak jadi jugak still gugur. Balik rumah cuti sem pakai balik Nutrifera ni. Terus auto takde rambut gugur. Kekurangan shampoo ni yg pika tak suka bau dia sb macam bau coconut tapi dia tk busuk la. Lepastu kurang buih. Biasa kalau rambut panjang dan tebal susah sikit kalau pakai shampoo kurang buih ni. Sebabnya kena picit banyak dan tak sampai ke scalp. Tapi kalau korang nak buat as treatment sebab rambut banyak gugur , this one is the best.
Next, yg ni shampoo watson yg jenama Naturals Argan. Beli pun sebab dia ada argan. Okaylah lembutkan rambut cuma tak wangi jadi mcm basuh rambut rasa busuk. Hahaha lepastu dia pun kurang buih. Aihhh malasnya. Kita pulak suka wangi2. But this one okayy je..
2. Conditioner
Conditioner penting mcm kita cakap kt atas. So my fav of course la brand Tressemme jugak. But kita guna dua, one yg Moisture Rich and another one Keratin Smooth. Ni pun wangi sangat2. Best gila. Bila pakai shampoo + conditioner memang best gila lah.
3. Serum/treatment oil
Okay terus skip hair mask sb mcm tak fav sangat nak guna. So serum atau hair vitamins atau hair oil treatment amat penting ye. Lepas basuh tu tolong lah pakai. Baru rambut smooth. Mostly ni function dia nak treat rambut kita balik. My fav serum yang jenama eclipse tu. Dari sekolah dah pakai yg tu. Now kita pakai treatment oil yang Lucido-L Argan moist rich. Best sebab wangi dan juga tak berminyak. Untuk serum kita pakai salon punya. Tapi apa2 serum pun boleh
Kalau rajin kita pakai Nutrifera punya hair oil cuma ni lain sikit. Kena pakai before basuh rambut. And kena bilas banyak kali sebab dia berminyak sangat. Cuma bestnya rambut mmg lembut sangat.
But after this kita nak try hair mask from Tresemme jugakš¤ macam best jeI think that's it girls. Tips ni bukan untuk hijabis je.. for everyone. So yeah hopefully membantu lah. Haritu pun ramai tanya pika camne kan kt ig.. macam mana nak jaga rambut, kena pakai apa. Okayy lah tu je hehe bye!
Update :
Now pika try Tresemme shampoo Total Salon Repair pulak, nanti kita update lagi heee and nanti nak beli ni :
Menarikk..
ReplyDelete