Thursday, 5 October 2017

Kerja lepas SPM.

Assalamualaikum,
Malam ni den nak cerita pasal pengalaman den sendiri. Ok? Memang kebanyakkan post pasal experienced sendiri. Jadi lepas SPM ni , kita2 yang baru je habis spm mesti ramai yang nak cari kerja.  Tapi aku lepas habis je SPM tak sibok nak cari kerja, but dah aim kat mana.

Anwar ada cakap nak kerja sama2 kat Kedai 1Malaysia sebab gaji pon not bad above RM1K. Dia dah bape kali pergi tanya dgn friends dia lagi and bos kat situ kata banyak kosong, bos kata kalau dah nak start kerja cth aku nak kerja bln 1, jadi dtg bln 1 hantar borang. Si dia nak tunggu aku. Sebabkan aku plan bulan 12 boleh habis belajar memandu and jpj tapi tak huhu rugi rasa tak cari kerja awal2 . Sebab ape? Haaaaaa ni nak cerita ni ni nak marah ni.

First,
kitaorg apply Kedai 1 Malaysia. Memang nk sangat lah kerja situ. Ayah suruh kerja Petronas jd cashier pun taknak. Last2 kitaorg dapat telur ayam sebijik. Yang ni mmg sakit hati. Kononnya dia bebel kat dia kata "budak2 kita mana nak kerja kedai 1 malaysia yg ada ramai warga asing, kalau boleh nak ramai budak2 malaysia...." dialog dia gitu lah tapi panjang dia ckp kat nua. see.. dia nak pekerja melayu and malaysia nak ramai, bila kitaorang apply. ada akak tu kata aku tak cukup umur. whattttt? ok then aku call supervisor sb akk tu suruh. aku terangkan yg aku ni bln 1 kira tahun depan dah 18 tahun, jadi dah boleh lah sb dia nk 18 tahun ke ats. and dia suruh hantar borang. waktu tu dah 2015. kitaorang tunggu seminggu tak ada call, last2 aku yg call. pekerja dia lagi yang angkat laki yg angkat.

" hello, saya afiqah. boleh cakap dengan supervisor?"

" ha? supervisor? tak ada. "

" ohh saya dah hantar borang, tapi tak dapat2 call . saya dengan dia tu"

then aku dgr laki tu cakap ngn akk kat situ, aku dgr akk tu dok cakap aku tak cukup umur. aduhh why? aku dah state kt supervisor dorang yg aku dah 18. akk tu aku dgr dia cakap 18 tapi tak cukup bulan. oh okay fine. end up aku malas n sakit hati nak tunggu kerja situ. pekerja yg memandai bukan bos pun.

second,
kitaorang cari kat Alamanda. Decide nk kerja Aeon Big nak jadi cashier walaupun orang kata penat, but it's ok gaji banyak.hihi *~*
Hari Jumaat last sebelum masuk first week of Jan 2015 lps jog kitaorang pergi pepagi pukul 10 alamanda bukak. Isi borang kat customers service. Siap banner lagi dorang iklankan kerja kosong dorang kt depan Aeon tu, so ada chance nak kerja. Gaji fulltime RM 1350 isnin - ahad/ part time RM8/h and sabtu ahad utk part time or sape nak OT gaji RM10 perjam. Banyakkam gaji dia.Nampak tak aku pikir duit. Sebab aku de aim nak kumpul duit. AKU MAYBE DAPAT KERJA BULAN 1 and BULAN 2 SAHAJA. SEDIHHHHH TAU TAK? Semua ini kerana aku mungkin kena pergi second intake PLKN bulan 3 sampai 6. untung dorang first intake bulan 12 sampai bulan 2. Kejap je 2 bulan 1 minggu. Kalau 2nd/3rd batch mmg 3 bulan tahun kitaorang sistem dia pelik sikit, sb result SPM kua awal.


Tengok lari tajuk dah. Kan tadi aku cakap kitaorg pg hari jumaat tunggu call akk tu suruh. Esoknya dah gelisah ahad gelisah. Isnin pun sama, selasa pergi lagi pepagi buka isi borang, khamis pg lagi. aku rasa macam setiap hari pergi situ. Aku dah giveup nak kerja Aeon, setiap kali kitaorg tanya customers service dia kata ada kosong cashier tapi 2 minggu tal call2 tapi still kata ada kosong. thenwaktu kita orang pg alamanda sb nak apply aeon tu, kitaorang ada sarapan Burger King. Anwar tanya ada kerja kosong tak  kat akk tu, akk tu kata sapa yang nak keja, dia gi tunjuk lah aku yg tgh dduk jaga tempat. Pastu akk tu dok offer dia kerja, eleh cakap jela nak dia je kerja bukan aku, -___- so aku memang tak rasa interested ngn kerja di Burger King sebab masih mengharapkan Aeon tu.


Thirdly, minggu ketiga cari kerja. Aku takleh terima aku x dapat kerja lagi and mcm mana orang lain sng je dapat. So aku pikir balik kerja jelah burger king haritu dok offer kat nua yg esokknya boleh start kerja. So maknanya mmg sng lah nak dapatkerja di b.king. first aku call dulu, she said that manager tak de hari jumaat tu , hari yang aku call jd aku xdlah jadi nak dtg. Rumah bukan dekat2 asik2 nak pegi alamanda cari kerja tak dapat. akk tu kata hari sabtu ada manager. sabtu tu pun aku terpaksa susahkan ibu nak hantar g alamanda. Bila aku ngan nua bagi borang kat budak kaunter and tunggu punya tunggu eh ni cam tak de pape je ni, cam takde nak panggil kitaorang yg dok terconggok kat meja tak makan cam orang bodoh. aku gi tanya then dia panggil manager, and manager dgn tak senyum cakap harini takde buat interview nanti saya call. ohh okay fine, aku penat2 datang tau tak sebab kata manager ada harituu je. aku terpaksa susahkan ibu lg, last3 hampa tak dapat kerja pun.

Aku dah fed up gila sangat and dh bosan nak cari kerja. aku cakap ngan dia ni, mls la nak kerja dok umah jela, semua macam apa nak call tak call2 kata ada kosong tapi tak nak amik pun.


Nak jadikan cerita, ada satu hari sebelum aku decide nak kerja burger king tu waktu tu lepas jog, aku gi lah tanya kat kedai TOY R Us. Tapi takde kosong, so on aku pg setiap kedai kat situ tanya ada keje x, semua cakap takde. Dah sampai depan parkson tinggkat ats nampak lah Chatime. Aku ada isi borang kat akk tu. Dia tanya kalau kerja kat IOI nak tak. Tak boleh jauh sgt.

Lepas isi borang tu kitorang balik. Tu yang esoknya aku call B.King tanya dan esoknya sabtu pg jumpa manager tapi tak interview kitaorang. Ok ttp cerita kat b.king, ada lagi dalam minggu depan tu aku tak boleh tido sebab aku sedih tak ada kerja, anwar dh tdo dlu, selalu dia tunggu aku tido, tapi dia pun tak tahu aku tak tdo lagi. Aku dapat satu mesej, Tettt Tettt ,

016XXXXXX
" Hi, Chatime here. Did u apply for full time job ?"

Aku yang tak boleh tidur ni bulat mata pandang screen phone. Ohh ni mimpi ni , mimpi niiiiii. Aku msg dia pun terjaga tapi tak dapat msg. Gila x Chatime msg aku pukul 2.40 pagi hehehe kata pasal kerja, mula2 aku cam tak caya igt ada orng nak pranked aku. So aku bls "Yes i am"

So esokknya pukul 9 , chatime hantar " Morning.. did you came with your fren and submit form?"
so aku dah balas, aku tanya lah sape ni, dia kata dia manager! wahh. betul ke ni, aku tengok gambar whatsapp chinese man. Maybe betul, huhu. dia cakap malam tu nak jumpa. but aku mmg takan la nak datang pkul 8 pg jumpa manager. tetiba pulak ayah aku tgh hari aku cakap tu ayah aku tak kasi kerja sb susah nak hantar amik, sedih.. so aku call la tanya manager tu, dia kata malam tu nak interview tapi dia kata " haa takpe kalau tak boleh dtg tadi kawan u dah cakap dia dtg nnt i ksi tau dia apa2 dia kasi tau u pulak ye," uihhh baiknya bos ni. aku takyah dtg interviw tapi dapat kerja hahahaha.

Jadi here i am, as a Barista at Chatime Alamanda. And im so happy for it. Pape pun moral value dia, mintak isi apply sebanyak mana yg boleh, jangan memilih sangat cam aku, nak gaji besau je. Adik2 nnt lps spm terus cepat2 mintak kerja nanti senang. Btw gaji Chatime banyak basic pun banyak belum tambah OT berganda gaji. hehehehe bestnya!!!

UPDATE : So basically sepanjang belajar termasuk cuti semester dekat U . banyak jugak kerja part time aku join termasuklah buat kek sendiri and bukak brand sendiri hihiihi 

No comments:

Post a Comment

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...