Assalamualaikum
Hari yang paling bersejarah bagi saya apabila mimpi tidak termimpi. Maksudnya di sini tidak pernah mengimpikan tapi terjadi. Ohsem tak? Maaflah entri kali ni agak SKEMA dan mempunyai banyak KEKELIRUAN BAHASA DENGAN KESKEMAAN ITU. (perhatikan penggunaan ayat saya)
Kami hadir di Menara Seri Wilayah seawal 2 petang semalam iaitu 9 Mei 2014. Bagi mengisi perut yang kosong disebabkan teruja yang melampau sampai terlupa makan di rumah. Saya dan ibu saya Puan Faezah Ibrahim serta kawan saya Firzanah menjamu selera di situ. Shhhhhh makanan kat situ seakan akan hidup segan mati tak mahu. Kemudian, seperti biasa routine kami apabila keluar mesti selfie ! huhu Baru nak buku pintu kaca kafeteria di situ, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang jejaka tinggi lampai dan kacak yang amat dikenali ramai lebih lebih lagi dalam sukan pelayaran. Jeng jeng jeng. Okay kami tinggalkan ibu dan jejaka itu untuk berborak maklumlah kenal lama bagai seoarang anak dan ibunya.
"Cantik juga pemandangan kat tasik ni..." Selalunya duduk di tepi tasik memandang Masjid Besi kali ini pandang Masjid Putra pula.
Selfie selfie selfie dan selfie. Setelah penat berselfie dan berborak kami masuk semula ke dalam kafe. Jam menunjukkan pukul 2.20 petang. Tibalah saat kami mengangkat punngung ke blok 1 bagi menghadiri perjumpaan Kelab Wartawan Muda Putrajaya.
"Wahhhhh..ohsem..."
Datang sahaja nampak sudah banner Wartawan Muda Putrajaya. Dengan kedatangan kawan saya taklah rasa malu sangat.
Benda pertama yang saya nampak set penggambaran untuk menangkat gambar. Kemudian sewaktu menulis nama di kertas pendaftaran, seorang akak wartawan ni megatakan ingin menemu ramah kami. Jadi kami ditemu ramah dan diambil gambar. Suasana di situ tidak la hiruk pikuk atau bingit sebab ramai lagi ahli yang belum hadir.
Saya dan Firzanah terus mengambil tempat dalam bilik mesyuarat agar kami mendapat tempat di hadapan. Kemudian diikuti ahli lain masuk ke dalam bilik mesyuarat. Pengerusi majlis iaitu En.Bob *maaf terlupa nama sebenar ingat nama panggilan sahaja* memulakan majlis dengan kata2 aluan dan menjemput En. Juragan iaitu Pengarah Urusan MyPutrajayaNews(MPN) iaitu surat khabar yang baru diterbit dan disebarkan baru-baru ni di Putrajaya. Banyak yang diucapkan oleh beliau dan perkara ini menyedarkan saya bukan di dalam alam mimpi. Saya sudah menyertai sebuah organisasi yang melibatkan bidang kewartawanan dan kelab ini mempunyai banyak kelebihan kerana merupakan organisasi di bawah Kementerian Wilayah yg disertai oleh anak-anak muda.
Lingkungan umur ahli kelab ini ialah dari 16, 17 hingga 25 tahun iaitu pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan golongan belia. Anggaran ahli yang hadir dalam 26 orang. Selepas ini diberitahu kami semua akan mendapat pass card wartawan untuk menemu ramah artis, orang kenamaan, menteri atau golongan marhaen. Segala penyertaan dan bengkel seperti bengkel pengacaraan, fotografi, karya, cara melukis kartun, berlakon pementasan , nyanyian dan pelbagai lagi yang akan diajar kepada kami adalah percuma.
Kami juga akan bergerak dalam kumpulan yang besar di bawah satu biro hihi tak sabar rasanya untuk memulakan kerja dan aktiviti akan datang. Kemudian, saya dibawa melawat ke konti radio MyPutrajayaFm di situ juga. Kelakar pulak dengar suara sendiri. Haha
Dan yang terakhir, ada sedikit photoshoot biasa biasa saja. Dan balik !
*Can't wait for the next activity* excited.
Dan yang terakhir, ada sedikit photoshoot biasa biasa saja. Dan balik !
*Can't wait for the next activity* excited.
No comments:
Post a Comment
Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)