Tuesday, 23 August 2016

UPU & UM

Assalamualaikum semua.
Aih lemahnya nak tulis belog ( sebenarnya ada 3 post yang drafted dh lama kuang3 mlas nak masuk gambar :p) termasuklah ada post psl braces.

dan sekarang sedang bercuti :D cuti daripada belajar dan dah berhenti kerja awal. :D penat !
dan alhamdulillah awal bulan 8 haritu kami pelajar2 lepasan Matrikulasi/Asasi sesi 2015/2016 dan lepasan STPM 2015 dah pun mendapat keputusan ke universiti untuk sambung ijazah . yayyyyy

dan Alhamdulillah syukur kepada ALLAH, aku pun tak terkecuali mendapat tempat ke universiti. Alhamdulillah dapat 2.

Untuk pengetahuan semua, cara nak masuk ke Univerisiti Awam (UA) (dikenali sbg IPTA)  ada 3 cara umum iaitu UPU (unit pusat universiti), Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Semua pelaajr boleh memohon ketiga3 kemasukkan ini.

UPU ni dalam ni ada banyak U, ( UITM, UPM, UKM, UMP, UMS, UTM, UniMap, UniMaS, UMK, USIM, UIA).
Akan tetapi Univerisit Malaya tidak tersenarai dalam UPU sebab mereka mengamalkan sistem kemasukkan sendiri begitu juga dengan Universiti Sains Malaysia.

Beza mengenai ketiga2 cara kemasukkan adalah, untuk memohon ke UPU dan USM anda perlu membeli no pin BSN tetapi Universiti Malaya tak perlu :)

Syukur kepada Allah aku dapat dua tawaran iaitu UKM dan UM. UKM dulu dh pergi interview dah jumpa dh rakan yang sama kos dah jd kawan pun :) Tapi UM tak disangka lah, tapi dah dapat agak sebab dah dapat panggilan tel drpd UM 2 hari sebelum result UM keluar..

Dan alhamdulillah UKM merupakan pilihan no 1 aku dalam permohonan UPU iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Kos yg menjadi buah hati selepas habis matriks. Entah rasa dekat sangat dengan elektrik, so memang aku sangat minat !

Dan tak disangka2 UM pun aku dapat ahh sudahh.. mcm mana ni. Kt UKM dpt kos yg mmg minat, kat UM similar kos but specific course lah, itu aku mintak sebab makcik aku cakap memang banyak peluang pekerjaan.. aku dapat kos Sarjana Muda Elektrik (Komunikasi) . Walaupun waktu aku tak tahu nak letak apa waktu nak mohon UM dlu, makcik aku memang yakinkan dalam banyak2 bidang Kejuruteraan, kejuruteraan elektrik paling banyak dperlukan dan lebih banyak dalam bidang telekomunikasi.

Waktu tu berbelah bahagi nak pilih UM sebab tak pasti dn tak paham sangat psl kos tu (hati dah suka UKM sb kos tu aku suka sangat!Lagi satu dekat gila dengan rumah setiap hari boleh balik !) . Lama jugak pikir sebaik UKM dan UM bagi tempoh terima / tidak tawaran sampai masuk pendaftaran.
Permohonan UM (3 yang bawah tu memang tak minat langsung !) Permohonan UPU punya tak sempat screenshoot nak tunjuk, tak dapat tengok balik dekat website.

Lepas tu aku pun pergi Open Day Engineering UM aku tahu pun waktu UM call ajak datang. Bila dah sampai tak ramai orang pun, dan aku rasa yg datang tu pun semua yg dapat tawaran.. Pastu pergilah kat meja Kej. Elektrik. Kat situ adan En. Sufian tak silap dengan Dr.Faiz. Mereka pun terangkan lah semua pasal engineering yg aku dpat ni . Rupanya sama je Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Elektrik (komunikasi) beza pun 4 sub subjek dan elektif dia tukar sma2 je. So kira kos aku lebih sikit belajar pasal telekomunikasi, satelit, optic dan lain2 More specific.. Fuh lega dengar. Dan pensyarah dorang suggest biar aku pilih UM.. huhu aku ayah dan ibu , Dr faiz bawak jalan2 kat Bangunan Fakulti Kejuruteraan ELektrik. So sebelum freshie lain tengok aku dah tengok dlu :p haha

Kolej kediaman yg aku dapat pun sebelah kawasan Fakulti Kejuruteraan so dekat jelah nak jalan kaki.. Aku dapat Kolej Kediaman Kedua (Kolej Tuanku Bahiyyah). Dan alhamdulillah kini aku tetapkan keputusan aku untuk memilih UM. Alhamdulillah..

Hah lagi satu perasan tak dekat UM tu aku punya kos ada 8 semester dan 1 semester khas? (benda ni yg menganggu aku utk pilih Um ) tapi lepas jumpa pensyarah situ dorang terangkan sama je 4 tahun juga waktu graduate sme je dgn dorang yg 8semester cuma 1 semester khas tu nanti ada latihan industri waktu cuti sem 3. (benda ni rasanya semau kos ada latihan industri ). Fuhhh sebaik ! aku taknak kawan2 dah habis aku belajar lagi tak habis2 haha tapi sama je ! Arhhhh  tak sabarnya nak convo tahun 2020 !


Kepada adik2 yang nak memohon UPU dan UM ataupun USM. Akak minta supaya adik2 baca dulu syarat2 kelayakan.. Supaya adik2 tidak salah membuat keputusan yang tidak melayakkan awak2 semua nak pilih sesuatu kos.Kalau akk memang akak pilih dekat2 je U, like UKM, UPM, UTM (kampus KL) dan UM.. Akk tak pilih yg jauh2 USM pun akak tak mohon. Haha.. Apatah lagi Uitm Engineering kt Penang pulak, Unimap UMS, UMP dan semua jauh2 akak tak mohon langsung. Waktu akak apply UPU memang dari no 1 sampai pilihan 12 akak mohon kejuruteraan.

Waktu lepas SPM akak sikit pun tak terfikir nak amik Engineering, so waktu isi UPU lepas SPM mmg tkde makna nak pilih engineering, asasi pun akk x mohon langsung.Tapi waktu lepas SPM untuk apply diploma melalui UPU akk dapat Pilihan 1 jugak, tapi sebab kampus dia jauh akak tak x jadi pergi dan pilih matrikulasi ayah akak pun cadangkan begitu. dn tidak sia2 akak belajar di matriks ! Alhamdulillah terima kasih YaALLAH.

Soon akan menjadi pelajar UM. #UMisOne

Updated 8 Jan 2019 : Since UM amat mementingkan nasib pelajar2 dengan statistik pengambilan pekerjaan bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Komunikasi/Telekomunikasi) merundum, start tahun saya batch saya semua ditukarkan kepada pure Elektrik. Actually pelajar yang course ada kurungan (telekomunikasi), belajar 3 tahun pertama semua pasal elektrik, pd tahun terakhir sahaja yang membezakan pure dan tidak sb pelajar telekomunikasi pd tahun keempat hanya boleh pilih major dalam bidang telekomunikasi je, manakala pure elektrik dapat pilih banyak. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan terhad kepada pelajar jurusan elektrik (telekomunikasi) sebab company ingat pelajar2 ni belajar spesifik telekom je, padahal 3 tahun pecah kepala belajar pure elektrik. Yang membezakan elektif major pada tahun akhir je. So start batch 2016/2018 UM dah tak tawarkan dah course yang ada () kurungan bagi kejuruteraan tak kira lah mekanikal, elektrikal, biomed, civil semua pure je yg UM tawarkan. p/s : Ya Allah, susah gila elektrik ni >.< sekarang saya dah tahun 3 nak masuk 4 dah (akhir)

3 comments:

  1. I was searching for braces info, coincidentally done reading all ur writing from the trial spm one until here Lol, give update when ur done with braces, just got letter from gomen hospital for my appointment, same like you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tapi tak janji busy sgt since masuk U

      Delete
  2. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    Ambil peluang keemasan daripada permohonan upu online di Malaysia. Awak boleh daftar dan terus berjaya masuk diterima sekarang @ myupu.co.

    Visit Now - http://myupu.co/

    ReplyDelete

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)