Saturday, 21 November 2015

Apa khabar G. Stong?

Assalamualaikum,

3am , tiba2 teringat Gunung Stong di Dabong Kuala Krai, Kelantan . Eceh mengimbau kenangan lah kiranya. Waktu ni aku form2 mewakili sekolah dlm Ekspedisi Mendaki Gunung Stong.. sekolah den 3 orang jerr yg wakil and semua perempuan *laki penakut kot haha gurau je* ;p .

4 hari untuk menawan gunung stonggg

Seingat aku, kami pergi ekspedisi tu 6 hari (4 hari ke gunung stong 27 sampai 30mei) ke Dabong, Kelantan. Waktu tu first time aku dengar ada tempat nama Dabong.. hehe menarik je nama dia. Tak silap kami pergi satu bas je, itu pun takdelah penuh satu bas sangat.. perjalanan bermula jam 10pagi sampai nak dekat maghrib di Taman Gua Ikan yg merangkumi Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar. Selepas bersiap2 memasang khemah, letak barang, dan bersiap2 diri masing2 , malam itu juga kami terokai Gua ikan, bertemankan headlight dia kepala masing2 kami memulakan perjalanan. Teruja itu mesti ada , takut tu sikit je sb kita tak tau ada makhluk apa dlm gua tu lebih2 lagi mcm kala jengking. Kami dilarang menyuluhkan lampu ke atas, sebab keliling kitaorg memang hutan.. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan..

Serious, aktiviti malam memang gelap gelita.. gua ikan ni dia agak berair sedikit.. Memang seronok, kami juga diberi peluang untuk memanjat batu2 kat dalam gua tu, tapi siapa yg berani sahaja.. Kami diberitahu ada orng berkhalwat di dalam gua. Berkhalwat bermakna bersendirian.. Macam bertapa agaknya di atas2 dinding gua yang berlubang.. Sama ada betul2 manusia atau sebaliknya.. Selepas menerokai gua tersebut kami dibenarkan jalan ke khemah, nak bersihkan diri memang kotor sebab lumpur.. Malangnya air pun takdak! Huhu Kitaorang dah bnyk kali berhenti cari air sejak perjalanan ke Kelantan lagi. Tapi banyak trmpat takde air, tapi kena bayar nak masuk tandas..

Keesokkan harinya, kami masak ikut kumpulan tapi makan roti jer, kitaorang masak roti sardin.. Sebagai alas perut. Selepas itu, bersiap sedia menerokai gua2 lain pula.. Headlight setia di atas kepala, siang pun gelap tau..

EKSPLORASI GUA DI DABONG

Aku tak ingat kami teroka gua mana dulu, yg pastinya best! Gelap, berair, berbatu.. Aktiviti cabing sememangnya menarik.. Semasa kami terokai, orang gua ada beberapa orang yg arif menerangkan macam2 info (tapi aku dah tak ingat sob sob) . Yang paling aku ingat, kitaorang waktu tu berada di Gua Keris, dibenarkan mcm duduk bertapa jarak2, senyap hanya bunyi alam yg indah kedengaran.. Dorang suruh kitaorang bertafakur dan berdzikir dalam hati.. Sambil menutup mata, semua orang duduk jarak2 dalam gua tu.. And tiba2...

GOD LIGHT


Salah seorang daripada instructor bising, dia kata waktu ada kitaorang semua tengah berdzikir salah seorang tu tiba2 cahaya matahari memancar kat dia. Actually kat situ memang ada tempat orang panggil God Light, sebab situ cahaya matahari masuk.. Tapi waktu seorng ni dia berdzikir , tiba2 je cahaya matahari tu memancar dan apabila kami semua bukak mata cahaya tu pun hilang, tapi dorg ada amik gambar.. Lawa..


Credit : www.come2kelantan.com
(God Light)

Kemudian, aku ada ingat kami ada gak merangkak sebab dia sempit. ( masih mengingati, lama kot dah bertahun pengalaman ni). Dalam tengah hari tu, kami bergerak ke gunung stong..


EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG STONG BERMULA..


Excited masih kurasai cehhh.
Keunikkan G.Stong kerana mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, dan dia atas itulah terletaknya Baha's Camp
Kitaorang hanya bawa peralatan penting sahaja, aku bawak beg kecik je and satu helai baju. Barang2 lain semua tinggal dalam bas.. Peralatan yang dibawa, stok makanan seperti tin2 makanan, bungkusan maggi, bunsen burner, container stainless steel, khemah dan lain2. Khemah2 semua budak laki yg bawak.. Aku ada bawak sikit snack yg bole mngenyangkan kot2 lah sesat haha.

Sleeping bag must bawak.

Kami pun memulakan pendakian. Tau tak, belum apa2 sah mencabar perjalanan dia., sebab condong gila nak panjat kat kaki gunung tu.. Tinggi gak condong dia, lepastu dah ok sikit tak terlalu condong mcm daki bukit je,, cuma hujan lebat menemani perjalanan kami semua.. Aku pulak bawak baju hujan yang labuh sebaik mcm plstik pakai buang je, susah betul -,- tak nak aku pakai baju hujan sampai lutut..

Sejuk memang sejuk habis baju semua kena lecak..

Nafas pun turun naik turun naik, dalam 2 jam kot tak ingat tapi agak lama lah nak sampai ke base camp(sb hujang lebat bak ang), base camp ni sebelah air terjun nama dia KEM BAHA.. Aku menggigil tau tak nak cakap macam mana.. Haiya, tepi air terjun kot! Hujan lak tu sejuk dia sampai tulang.

Credit : duniamelayu.net
Malam pun menjelma..
Dalam kumpulan kitaorang memasak, tak ingat masak apa, yang aku ingat aku tolong potong bawang.. Hehe


Malam tu kitaorang berehat je dalam khemah, and semua terpulang nak buat apa.. Actually kem ni paling relaks walaupon kem yg agak mencabar.. Disiplin dia tak tegas sangat.. Malam, mengantuk bercampur penat, aku tidur dalam kesejukkan.. Sebaik aku bawak sleeping bag, wink wink, *thanks ayah  ibu sebab suruh pika bawak hehe*  yang lain hanya tidur beralaskan carpet ala yng orang selalu bawak g kem.. Aku pakai seleping bag, with sweater with another cloth cover my body from cold..

Anda semua boleh tgk kapas awan (kalau x silap nama dia gitu) dr basecamp, itu permulaan air terjun tertinggi tu. Credit : ecgoing.blogspot.com
Pagi..
Kaki aku kebas sebab terlalu sejuk.. Kedengaran bunyi air terjun hehe ceh.. Kami bangun bersiap2 .. Dengan peralatan masing2 untuk menawan puncak! Bila dah mulakan perjalanan, baru dalam 30minit seorang kwn aku dia tak dapat teruskan perjalanan.. Hanya aku dan aisyah sahaja yang meneruskan misi ..sepanjang perjalanan ada pacat yg gigit tapi aku tak kena hahaha, and then kami jumpa sungai atas gunung tu, apa lagi gembira mcm nampak apa2 lah yg menggembirakn, terus kitaorang melompat dalam sungai maklumlah dah 3 hari tak mandi.. Ada satu cek point kitaorang berehat bawah mcm gua, tapi dinding dia air terjun. Kitaorang semua menadah air terjun yang sejuk dan nyaman, perghhh rasa dia sedap gila bak ang air kosong sejuk paling sedap aku penah rasa, rasa dia manis2 .. Bila dah sampai kawasan check point seterusnya masing2 dah ada yang jauh kedepan , ada yg jauh dibelakang.. Dan aku berada dia tengah2 , kitaorang tak ikut kumpulan yg dibahagikn pun.. Aku , aisyah dan 2 orang abg. Dorang yg ikot kteorg nak jaga kitaorg lah gitu. * yela tu, ok ttp cerita* . Sepanjang pendakian memang kitaorang 4 orang je yang lain entahlah nak.. Disebabkan terlalu sejuk, aku jadi penat.. Aku bernafas keluar asap tau tak hahahahaha, nafas aku pun orang lain boleh dgr. Serious sejuk.. Ktaorang kena langkah balak besar, akar besar2.. Dan really thankful, ada 2 org laki ni. Kalau tak aku dengan aisyah je perempuan terpaksa harungi semua..


Dalam beberapa minit nak sampai puncak, dah nampak cahaya terang sikit... And agak menakutkan nak panjat atas batu kat puncak tu. Sb kalau kau tak leh panjat kau jatuh kebawah lah padahnya. Tapi kitaorang perempuan , cikgu2 and budak laki yang tolak kitaorang kena pijak atas peha dorang nak panjat. (Terpaksa huhu kitaorang dh lah kecik baru form 2 lah katakan) dan akhirnyaaaaa sudah ku tawannnnnn gunung stong kesayangan yg cantik dengan keindahan <3

Ha berhimpit2 lah di atas sana.. terpaksa tutup muka aku ahha
Di atas puncak nun sana, kitaorang berkumpul sambil tggu semua sampai, ada yg minum air, makan kopok, ada yg selfie, amik gambar, aku ingat lg aku makan nasi goreng dlm plastik, sambil letak hoody sweater atas kepala, sejuk . Walaupon ada matahari atas kepala.. Tau tak, tiba2 kami semua ayam panggang dalam ice. Hahah semua tiba2 berasap, sebab baju kitaorang basah, tiba2 ada matahari walaupon atas puncak sejuk kitaorang berasap.

Tiba masa nak turun ke basecamp..
Ok, turun ni dia tak mencabar sangat dan masa yang di ambil agak pantas, sebab tak tahu lah.. Dan kaki aku luka melecet akibat x pakai stokin.. Aiya. Kaki semakin teruk pedih dia, sebab bila kita nak turun bukit kaki kita akan menahan langkah untuk slow down.. Jadi itu yg menyebabkan kaki aku luka teruk.. Ditambah pula, aku banyak kali terjatuh bila nak turun ke basecamp, huaaaa sakit tulang punggung bertahun tau.. Aku jatuh sb licin gila dan banyak akar besar.. Okay takpe lepas ni bawak kayu ye haha, beg aku ada orang bawakan wink2 hehee..

Sampai je di basecamp, waktu tu petang, berehat seketika.. Dan bermula aktiviti baru, tadi kan aku cakap base camp kitaorang sebelah air terjun kan.. Ok, kami semua berpeluang sliding down through air terjun punya dinding yang agak tinggi, tapi ni bukan air terjun yg bahagian yg tinggi ke bawah tau, ini yg tepi tapak perkhemahan..
Still remember dorang cakap, rugi tau sape tak try, kat sunway lagoon pun tak rasa best camni,, haha aku taknak mula2 aku tengok je dorng sliding down (aku lupa lah dorang panggil dia apa) , aku duduk atas batu besar sambil memerhati haha. Yeah aku rasa aku try gak .


Credit : cutikelantan.com
(Haaa ni di tmpt slide)
Here it is, mcm tu lah kteorg kena slide..
Credit : YouTube.com


TELAGA TUJUH, TELAGA PUTERI2

Keesokkan harinya, pagi tu kitaorang semua ke tempat2 menarik atas gunung sana tu, selain air terjun yang best kami juga berpeluang ke telaga telaga air.. Hehe Nama dia Telaga Tujuh.. Aku salah seorang yang berani nak selam dalam telaga tu, hehe tapi tangan aku dipegang dua orang satu kiri satu kanan, kang betul2 termasuk dalam telaga nahas. :o tau tak dorang cakap apa, dorang kata bila selam, niat dalam hati nak hajat apa. Aiya aku waktu tu x matured pun ikot je padahal karut karut huhu. Lepas tu kami semua mandi manda air terjun kat situ. Yayyyy

Credit : cutikelantan.com
(Telaga Tujuh, tempat ni sebenarnya tak kering mcm dalam gambar sb air terjun kan)

Kemudian kami balik ke Putrajaya.. Ekspedisi ni banyak memberi memori indah ceh, melihat keindahan alam yg Allah jadikan sangatlah mengagumkan, kehijauan, kesejukkan, dan mendaki bersama2 orang yang baik hati, protective, best sangat . Walaupun aku berumur 14 tahun ketika itu tapi aku berjaya tawan puncak Gunung Stong ! Yes hehe cer lah ke sana, best di dabong macam2 keindahan ada.. Air terjun tertinggi di Asia Tenggara ada di sana.

P/s : sebenarnya bnyak je gambar semasa ekspedisi tapi demi kebaikan aku, aku tak share maaf.. huhu kalau tak nanti semua kena letak love kt muka aku hahaha, sorry for story yg tak tersusun itu je yg aku ingat hehehe tata

No comments:

Post a Comment

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)