Friday, 26 December 2014

All about Chilled Cheese Cake babehhh



Aku suka memasak, especially something new ma..
Memang berniat nak berblog but, SPM lah pulak -__-' . Aku buat kek cheese ni seminggu sebelum SPM :D hihihi orang lain sebok baca buku aku baca resepi hehehe Nak bagitau buat cheese cake tak sesusah yang disangkakan senang gilees. No bake.And aku buat tanpa springform and result viola!

First, i made Chilled Mango Cheesecake first try 4 hari sebelum SPM. My suggestion better guna mango tin untuk hiasan atas dia daripada guna mango betul.

Resepi Chilled Mango Cheesecake

 Resepi base :

- 150g Biskut apa2 /dihancurkan atau dikisar
-70g buttercup cair

Cara :
 Biskut yang dikisar tu digaul bersama mentega cair. Ambil loyang / springform, tekan2 biskut dgn mentega tadi sbg base cake. Masuk dalam peti sejuk sementara buat adunan cheese.


:Resepi adunan cheese

-250g cream cheese
-60g gula kastor/ ikut lah kalau xnk manis boleh kurangkan
-150ml uht whipped cream
- 1 cawan pek yogurt
-2 sudu besar gelatin (pastikan beli yg halal tau)
- 1/2 biji manga dipotong dadu
-50ml air
- sedikit perahan jus lemon
- Mangga dikisar menjadi puri


Cara :

- Cairkan gelatin dalam mangkuk bersama air dan biarkan sebentar sehingga kembang. Cairkan seketika dalam microwave/double boil.

-Pukul whipped cream tadi dan ketepikan. Pukul cream cheese sehingga rata dan masukkan bersama gula castor, yogurt, mangga puri, dan perahan lemon. Kemudian masukkan gelatin tadi.

-Masukkan whipped cream sehingga sebati adunannya.

-Susun mangga kiub dalam loyang yang ada base biskut tadi kemudian tuang adunan cheese. Simpan dalam peti sejuk semalaman.


Hiasan: Terpulang kiki :D


Resepi Oreo Cheesecake





Resepi Base :

-Biskut oreo 2 paket hancurkan
-50g buttercup cairkan

Cara :
Kisar biskut oreo yg dibuang inti dia dan gaul dalam mangkuk dgn mentega cair. Masukkan dalam loyang sbg base. Masukkan dalam peti ais.

Resepi Cheese :

-250g cream cheese
-200ml whipping cream
- 1 susu kecil esen vanilla
- 1 cawan gula kastor
-yogurt/susu segar
-2 sudu besar gelatin
-Setengah paket oreo yang dicincang


Cara :
- Putar cream cheese + gula kastor sehingga sebati. Masukkan whipped cream dan putarkan. Masukkan yogurt + esen vanilla + gelatin (ikut cara kat resepi ats). Gaul jangan putar apabila masukkan oreo yg dicincang.

-Masukkan adunan dalam loyang tadi. Sejukkan dalam peti ais semalaman. Siap !




No comments:

Post a Comment

Hi, kawan2 comment baik2 je tau ! :)